Mungkin ada yang pernah dengar ataupun mungkin juga tidak. Taman batu atau rock garden merupakan satu aktiviti yang sering diriku dan rakan-rakanku buat setiap kali berada dikawasan jeram atau air terjun.
Aktiviti yang dijalan bersahaja ini, memerlukan tahap konsentrasi yang amat tinggi dimana kita sebenarnya mencabar hukum tarikan graviti disaat cubaan mendirikan batu yang pelbagai bentuk ini.
Hasil dan kepuasan menjalankan aktiviti ini mungkin bersifat subjektif.
Bagiku ia menggambarkan kesempurnaan ciptaan Allah dimana keadaan fizikal batu yang dilihat tidak stabil juga mempunyai titik kestabilannya yang kadang kala mengundang seribu pertanyaan... saya pernah buat, anda bila lagi... cubalah... seronok itu sudah pasti... lebih2 lagi saat pertama dapat mendirikannya...
0 comments:
Post a Comment