Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 9 October 2014

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL



Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara  berkesan di sekolah.
Kesedaran di semua peringkat sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD sehingga ke peringkat sekolah dalam memastikan satu usaha berterusan ke arah memastikan budaya mengurus masa yang optimum dan berkualiti dilaksanakan, adalah amat penting demi pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran .





Objektif pelaksanaan program MMI ialah:



  •  memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep MMI,
  • memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran muriD.
  • semua Jabatan PendidikanNegeri (JPN) dan Pejabat PendidikanDaerah (PPD)dapat menyebarluaskan konsep MMI kesemua sekolah di bawah pentadbiran mereka.
  •   memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan dalam kalangan murid di semua sekolah, dan
  • memastikan guru mesti berada di dalam kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan.


Peranan penting dan bermakna yang dilaksanakan olehPengetua dan Guru Besar sebagai pemimpin instruksional adalah perlu memberikan tumpuan kepada arahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat dan mengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembanganstaf yang berterusan, merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program dan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti, dan penambahan secara berterusan.


Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan  Murphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukan  matlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu, terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid.



  • Penentuan matlamat sekolah,
  • Penyelarasan matlamat sekolah,
  • Pencerapan dan penilaian pengajaran,
  • Penyelarasan kurikulum,
  • Pengurusan kemajuan pelajar,
  • Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran,
  • Sokongan dalam aktiviti pengajaran,
  • Pengukuhan usaha guru,
  • Penggalakan perkembangan profesional,
  • Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan
  • Pemberian insentif untuk pembelajaran



Terima kasih kerana sudi baca entry ini...jangan malu-malu nak komen atau shoutbox jer kat admin..he..he

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More