Adakah anda pernah tertanya-tanya
bagaimana hendak membersihkan bahagian
bawah seterika yang hangus dan tidak licin? Berikut adalah cara yang cepat dan
mudah.
Apa yang anda perlukan hanyalah satu sudu besar besar garam . Semua jenis garam boleh digunakan. Hidupkan seterika pada penetapan kain kapas . Apabila seterika menjadi panas, letakkan garam dan gosok diatas garam sehingga kesan hangus pada permukaan seterika hilang.
Offkan elektrik seterika dan biarkan ia sejuk sepenuhnya. Selepas
sejuk, lap bahagian bawah plat dengan kain lembap.
Selamat mencuba…
0 comments:
Post a Comment