Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 25 September 2014

PELAN TINDAKAN SEKOLAH BERDASARKAN ANJAKAN PPPM (MENGIKUT MODEL GROW)



Cadangan aktiviti yang dikemukakan menggunakan pendekatan Model GROW dengan penekanan kepada “Option” dan “Will” atau “Way Out”. Sekolah boleh mengadaptasi mana-mana cadangan program yang disenaraikan atau menambahbaik program yang sedia ada di sekolah berpandukan idea-idea yang dikemukakan. Dokumen ini boleh dibaca bersama Perancangan Taktikal 2014 yang telah disediakan oleh sekolah masing-masing.

Kejayaan sesuatu program di sekolah memerlukan komitmen semua pihak bermula dari kumpulan pengurusan,guru-guru dan anggota khidmat sokongan dan diterjemahkan kepada keberhasilan murid. Semua pihak perlu membuat transformasi dan bersedia untuk berubah dengan kadar segera dan pantas serta sentiasa berusaha untuk mencapai tahap cemerlang dalam semua bidang yang dipertanggungjawabkan.


Bagi mencapai hasrat tersebut, lima prioriti DTP perlu diberi penekanan iaitu  meningkatkan kehadiran murid, mengurangkan kes disiplin, memaksimumkan  keberadaan guru dalam kelas, mempertingkatkan kualiti guru dan memantapkan kualiti kepimpinan sekolah mencakupi kesemua sembilan kompetensi.

Penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan gigih menghasilkan dokumen ini semuga ianya memberi manfaat.  . Komitmen berterusan dari semua pihak perlu digembleng  secara berterusan argar program yang dirancang bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi berjaya disempurnakan dan mempunyai “roh”.

Sekian, selamat meneruskan perjuangan mengikut kapasiti sekolah masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More