Fenomena kepala air memang cukup bahaya,
walau macam mana korang terer berenang pon mesti boleh mati lemas kalau
panik.Ala2 tsunami kat kawasan air terjun la untuk senang korang
bayangkan. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh
membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan
merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Titi Hayun)
No comments:
Post a Comment