Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday 25 May 2014

Bahan-bahan semulajadi yang amat berkesan untuk mencairkan sel-sel lemak di dalam badan.

Halia  
Halia atau dalam bahasa saintifik 'zingiber officinale' merupakan antara bahan yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan. Menurut Dr. Linda B. White, penulis buku 'The Herbal Drugstore,' Halia dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan kita dan menolong untuk membakar lemak-lemak di dalam badan. Ia juga sangat berkesan untuk membuang lemak-lemak subcutaneous iaitu lemak-lemak yang terkumpul di bawah kulit.

Minyak Bunga Matahari

Bunga Matahari atau nama saintifik Helianthus annuus Linn, tanaman ini sudah dimanfaatkan sejak dulu oleh Bangsa Yunani dan Romawi kuno sebagai bahan untuk perawatan dan juga kecantikan kulit. Kandungan vitamin E pada minyak biji bunga matahari dapat membantu melindungi kesihatan kulit dan dapat menghalang kemasukkan racun kedalam tubuh, selain itu kandungan vitamin E juga mampu mempertahankan sel kulit supaya tetap muda dan akan melindungi kulit dari kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh kesan buruk dari sinar UV. Minyak Bunga Matahari juga memainkan peranan penting untuk membantu proses mencairkan sel-sel lemak di dalam kulit.


Capsicum

Menurut Dr. Oz, Capsicum amat berkesan untuk mencairkan sel-sel lemak dan meningkatkan kadar metabolisme badan kita secara semulajadi. Dr. Oz merupakan doktor yang amat dihormati di negara Amerika Syarikat. Beliau dikenali ramai dan mempunyai rancangan televisyen beliau sendiri. Dalam salah satu episod rancangan beliau, beliau mengatakan ekstrak capsicum merupakan cara yang paling selamat, efektif dan semulajadi untuk mencairkan sel-sel lemak. Ekstrak Capsicum juga mempunyai banyak sumber-sumber Capsorubin, Carotene, Lutein, Capsathin, Vitamin A and Vitamin C, Rutin and Zinc untuk mengekalkan kesihatan badan.
 

Seaweed

Menurut kajian yang dilakukan oleh saintis di Universiti Newcastle, bahan-bahan yang terdapat dalam seaweed boleh menyekat badan kita daripada mengambil lemak berlebihan. Kajian menunjukkan 'alginate' boleh mencernakan sel-sel lemak keluar daripada badan. Kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Food Chemistry, menunjukkan seaweed menurunkan kadar pengambilan lemak dalam badan sebanyak 75%. Seaweed merupakan kandungan yang amat luar biasa berkesan untuk mencegah pengambilan lemak dalam badan.


Blackpepper

Kajian terbaru yang diterbitkan oleh ACS' Journal of Agricultural and Food Chemistry, menunjukkan kandungan utama dalam black pepper yang dikenali sebagai piperine, boleh menghentikan pembentukan sel-sel lemak yang baru. Dalam penemuan ini, hasil menunjukkan 'piperine' mengurangkan tahap lemak dalam darah dan mempunyai kelebihan lain seperi antioksida. Antioksida juga terkenal untuk melambatkan proses penuaan. Black pepper juga boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam badan seterusnya mencairkan sel-sel lemak dengan cepat dan berkesan.


Peppermint

Kajian menunjukkan ekstrak peppermint melancarkan sistem percernaan. Ia juga boleh mengurangkan selera makan serta mempercepatkan proses pencairan lemak dalam badan.
 

Lemon

Lemon mempunyai banyak kebaikan untuk menurunkan berat badan. Kandungan dalam lemon menolong mengeluarkan sisa-sisa toksin dalam badan. Ia juga menggalakkan hati untuk menghasilkan 'bile' iaitu asid yang diperlukan untuk mencernakan makanan. Lemon mengeluarkan sisa-sisa toksik dalam badan dengen meningkatkan kadar pembuangan air kecil (urinasi). Oleh itu toksin akan keluar dengan kadar lebih cepat dan efektif.


Minyak Grapefruit

Menurut kajian yang dijalankan oleh Massachusetts General Hospital, kandungan yang terdapat dalam Grapefruit iaitu Naringenin akan menyebabkan hati mengeluarkan enzim untuk memecahkan sel-sel lemak dalam badan sambil meningkatkan keberkesanan insulin. Naringenin dalam grapefruit juga memelihara hati daripada kerosakan. Grapefruit juga mempunyai sumber Vitamin C dan A yang banyak yang menguatkan lagi sistem imunisasi kita. Ia juga mempunyai kandungan pectin yang banyak untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.


Algae

Algae mempunyai kandungan protein yang tinggi. Menurut Medline Plus, ia mempunyai kandungan 70% protein. Ini membantu untuk menolong menurunkan berat badan. Algae juga membantu meningkatkan kadar imunisasi dalam badan. Ini akan mengeluarkan toksik-toksik dalam badan dan melancarkan sistem pencernaan.
 
 


 



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More