Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 23 February 2014

USAHA SGMM MENGANJUR HIMPUNAN222:MANSUH PBS DAPAT PERHATIAN TPM






Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin di atas keprihatinan beliau mendengar suara guru-guru dengan menangguhkan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi Penajanya, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, mereka menghargai keprihatian Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan terhadap bebanan dan suara guru-guru berhubung isu PBS ini yang telah menjejaskan banyak pihak.

"SGMM berterima kasih kepada TPM yang memberi respons pantas terhadap suara kami semalam melalui Himpunan222:MansuhPBS semalam.

"Kami turut berharap penangguhan ini sehingga kajian semula dibuat selesai dan tidak akan dilaksanakan pada tahun ini," katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas PBS yang ditangguh sementara berkuatkuasa serta merta sehinggan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Mohd. Izzat berkata, SGMM berharap pelajar-pelajar Tingkatan 3 pada tahun ini dapat mengikut sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan dengan bersedia untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"SGMM berharap penangguhan pelaksanaan PBS untuk tahun ini untuk memberi ruang kajian semula dibuat dengan lebih serius dan pelaksanaannya dibuat selepas tahun 2014.

"Kami berharap selepas kajian semula dan penambahbaikan dibuat, kementerian boleh melaksanakan PBS dengan dimulakan dengan beberapa sekolah perintis bagi memastikan keberkesanan sistem itu," jelasnya.

Mohd. Izzat berkata, SGMM akan memberikan sokongan penuh kepada kementerian bagi pelaksanaan PBS selepas mendapati kajian semula serta penambahbaikan tidak lagi memberikan beban kepada guru-guru dan juga masa depan pelajar-pelajar.

"Kita akan menyokong kementerian dalam memastikan pelaksanaan PBS yang terbaik dapat dilakukan pada masa hadapan," tambah beliau.

SGMM telah menganjurkan Himpunan222: MansuhPBS  di  Bangi dalam usaha memastikan pelaksanaan PBS dimasuhkan kerana sistem itu mempunyai  banyak kelemahan serta membebankan guru-guru serta para pelajar.








Hurmmmm...selain dari SPPBS agak2 apa lagi tugasan yang tak sepatutnya membebani guru...jom kongsi dengan AiOL...

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More