APA
ITU MESYUARAT ?
UJIAN KECERGASAN
FIZIKAL
Tujuan utama, dijalankan UKF ini, adalah untuk memastikan
tahap kecergasan Jurulatih PKKKL berada didalam keadaan yang baik dan bersedia
untuk menjalankan tugas dah amanah yang diberikan sepanjang tahun ini
insyaallah.
Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima adalah
merupakan sesuatu yang sangat-sangat diperlukan dalam kehidupan seharian.
Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan
kecergasan yang optima. Kebanyakan dari kita memadai memilih tahap pencapaian
yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Bagi mencapai piawaian yang
optima, kita perlu merangka gaya hidup kita ke arah yang lebih aktif dan cuba
mengelakkan gejala-gejala yang memudaratkan seperti penyakit dan tingkah laku sosial
yang tidak berfaedah. Menurut Stokes et. al (1981) terdapat beberapa faktor
risiko yang boleh mengurangkan kesihatan dan kecergasan seseorang.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan
11. Genetik. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan
kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu genetik boleh digunakan
sebagai panduan untuk menilai kekauatan dan kelemahan seseorang. Gunakan
kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya
dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdfasarkan
maklumat-makluamt genetik.
22.Persekitaran. Ia menentukan
peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya
keluarga Haji Sidek boleh menakluki dunia badminton di peringkat dunia. Mengapa
Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa
bvesar dalam bidang sukan.
33.Tingkahlaku. Faktor ini merupakan faktor penentu di antara
ketiga-tiga faktor di atas. Sebagai contohnya seseorang individu yang mempunyai
genetik dan persekitaran yang baik tidak berupaya menghasilkan kecergasan yang
baik disebabkan tingkahlakunya yahng negatif seperti merokok, minum arak dan
mengamalkan tabiat-tabiat buruk. Sebaliknya walau pun seseorang yang mempunyai
genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang
baik berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup
sihat.
Hurmmmm….AIOL perhatikan kehadiran Jurulatih agak
mendukacitakan lebih kurang 30% sahaja…apa yang berlaku? Kenapa Apakah…siapa
yang ada pendapat dan cerita disebalik fenomena ini sudi-sudilah berkongsi
dengan AIOL…apapun tahniah kepada semua jurulatih yang hadir dan berjaya menjalani
UKF pagi tadi…untuk Mohd Anis Tahniah kerana berjaya menjadi pensyarah di labuan...OutdoorLife…
0 comments:
Post a Comment