Teka-teki tentang kedudukan ketua jurulatih Johor Darul
Ta’zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez akhirnya terungkai apabila Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan bahawa jurulatih dari Sepanyol itu tidak
akan meninggalkan JDT.
Kewujudan
pelbagai spekulasi yang muncul di dada-dada akhbar beberapa hari ini tentang
bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak akan menggantikan Cesar Jimenez
selewatnya minggu depan itu hanyalah suatu khabar angin tak berasas. Khabar
angin ini timbul selepas Bojan Hodak muncul bersama Shebby Singh di beberapa
perlawanan JDT di Larkin dan juga JDTII di Stadium MPPG, Pasir Gudang tempoh
hari, namun pihak PBNJ menafikan sekerasnya khabar angin tersebut.
Para
pemain gembira dan selesa di bawah bimbingan Cesar Jimenez dan membantah
penukaran jurulatih mereka. Jika keputusan untuk menggantikan Cesar Jimenez
diambil, keputusan itu ternyata sangat tidak adil kerana Cesar Jimenez sudah
membuktikan nilai sebenar beliau dengan beberapa siri kemenangan penting dan
berjaya membawa JDT melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FA 2014.
Tujuan
jurulatih dari Crotia, Bojan Hodak berada di Johor Bahru adalah untuk bercuti
dan sebagai peminat bola sepak, beliau tidak melepaskan peluang ke stadium
untuk menonton permainan anak-anak buah Cesar Jimenez sambil ditemani Shebby
Singh yang kini bermaustatin di Johor Bahru.
by
Ahmad Rusidy in berita, featured
Admin setuju Jimenez dikekalkan...Luaskan Kuasamu
0 comments:
Post a Comment