Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 20 February 2014

ANTARA SPEKULASI DAN HAKIKI...










Teka-teki tentang kedudukan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez akhirnya terungkai apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan bahawa jurulatih dari Sepanyol itu tidak akan meninggalkan JDT.

Kewujudan pelbagai spekulasi yang muncul di dada-dada akhbar beberapa hari ini tentang bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak akan menggantikan Cesar Jimenez selewatnya minggu depan itu hanyalah suatu khabar angin tak berasas. Khabar angin ini timbul selepas Bojan Hodak muncul bersama Shebby Singh di beberapa perlawanan JDT di Larkin dan juga JDTII di Stadium MPPG, Pasir Gudang tempoh hari, namun pihak PBNJ menafikan sekerasnya khabar angin tersebut.

Para pemain gembira dan selesa di bawah bimbingan Cesar Jimenez dan membantah penukaran jurulatih mereka. Jika keputusan untuk menggantikan Cesar Jimenez diambil, keputusan itu ternyata sangat tidak adil kerana Cesar Jimenez sudah membuktikan nilai sebenar beliau dengan beberapa siri kemenangan penting dan berjaya membawa JDT melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala FA 2014.

Tujuan jurulatih dari Crotia, Bojan Hodak berada di Johor Bahru adalah untuk bercuti dan sebagai peminat bola sepak, beliau tidak melepaskan peluang ke stadium untuk menonton permainan anak-anak buah Cesar Jimenez sambil ditemani Shebby Singh yang kini bermaustatin di Johor Bahru.



Admin setuju Jimenez dikekalkan...Luaskan Kuasamu



0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More