Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday 20 August 2015

MATI SYAHID PALING BESAR



“Dajjal akan muncul kemudian ada seorang lelaki mukmin yang datang kepadanya, lalu dia disambut oleh tentera-tentera Dajjal di mana mereka mereka bertanya kepadanya, “Hendak ke mana kamu?” Lelaki itu menjawab ”Saya mahu menemui seseorang yang baru sahaja muncul.” Mereka bertanya kepada lelaki mukmin itu, “Apakah kamu tidak percaya kepada Tuhan kami?” Lelaki itu menjawab, “Tidak ada keraguan sedikit pun tentang Tuhan kami.” Mereka berkata, “Bunuhlah orang ini.” Salah seorang dia antara mereka berkata kepada yang lain, “Bukankah Tuhanmu telah melarang kamu untuk membunuh seseorang tanpa perintahnya?” Mereka lantas membawa lelaki mukmin itu ke
hadapan Dajjal. Lelaki itu berkata, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya inilah Dajjal yang
disebut-sebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.” Kemudian Dajjal memerintahkan untuk menelentangkan lelaki mukmin itu serta berkata, “Siksalah orang ini. Pecahkanlah
kepalanya serta pukullah punggung dan perutnya.” Kemudian Dajjal bertanya, “Apakah kamu belum percaya kepadaku?” Lelaki mukmin itu menjawab, “Engkau adalah al-Masih pendusta
besar.” Dajjal lantas memerintahkan agar lelaki mukmin itu dibelah dengan gergaji dari kepala sehingga terbelah dua searah dengan kedua kakinya. Kemudian Dajjal berjalan melalui kedua-dua bahagian itu, serta berkata kepadanya, “Bangkit dan berdirilah tegak.” Lalu Dajjal bertanya
kepadanya, “Apakah kamu belum percaya kepadaku?” Lelaki mukmin itu menjawab,
“Malah pengetahuanku tentang engkau bertambah jelas.”
Kemudian lelaki mukmin berkata, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Dajjal tidak akan boleh berbuat seperti ini lagi kepada sesiapa pun setelah memperlakukan sedemikian rupa
kepadaku.” Lantas Dajjal memegang lelaki mukmin itu untuk disembelih tetapi tiba-tiba ALLAH menjadikan anggota badan yang berada di antara leher dan tulang belakang itu seperti baja sehingga Dajjal tidak mampu menyembelihnya. Kemudian Dajjal memegang kedua-dua tangan dan kedua-dua kakinya lantas dilemparkan ke suatu tempat yang orang-orang menyangka tempat itu ialah neraka, sedangkan sebenarnya ia dilempar ke dalam Syurga.” Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda, “Inilah manusia yang paling besar persaksiannya (mati syahid yang paling tinggi tingkatannya) menurut TUHAN seru sekalian alam.” (HR Muslim)

Itulah Mati Syahid Paling Besar.

Dari Abu Sa`id Al-Khudri ( ﻲﺑﺍ ﺪﻴﻌﺳ ﻱﺭﺪﺨﻟﺍ ) radhiAllahu `anhu, daripada Nabi sallAllahu`alaihi wasallam bersabda:

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More