Baju dalam & seluar dalam tolonglah bawa yang elok sikit.. jadi bila basuh, sidai atau tercicir takla malu nak mengaku nanti.. takpun beli baru lagi bagus.. ni sluar dlm dah mcm roti jala.. ada gak dah macam tanggok ikan kat parit tu tak payah la nak bawak..
Tuala pun bawak la yang baru.. yg dah lusuh kena clorok tu takyah la nak bawak.. beli baru pun elok.. kita juga yg pakai.. ni kekadang dah macam alas kaki pun nak pakai gak.. kekadang ada yg dah belubang lubang...
Kebanyakkan org barang2 mandian pun tak berapa kesah.. berus Gigi tu bawak la sorang satu yg baru.. kalau kat supermarket tu 5batang baru RM5.. ni rupa dah macam padi rebah pun nak bawak gak.. isikan didalam satu bekas utk kita & anak2 punya.. biasakan anak2 simpan balik dalam bekas kalau dah digunakan.. biasalah.. kalau dah ramai2 diorang ni main sauk je apa yg dapat..
Satu lagi kalau bawak bantal & "Gebo" (selimut) bawak la yg semenggah sikit.. bantal yg dah leper sama ngan plywood tu takyah la bawak.. tukar la sarung yg elok sikit.. kekadang gebo tu dah macam kain buruk dah..
Kita ni nak beraya bukan hanya luaran je.. baju nak lip lap.. gelang sampai kesiku..tudung melilit macam kena belit ular... tapi bila sidai seluar dalam dah macam roti jala.. tuala dah mcm alas kaki.. berus Gigi dah kembang mcm padi rebah, bantal dah macam "Ojol" ( getah sekerap).. tu belum lagi aroma yg dibawa sekali balik ke kampung tu..pergh...
orang perempuan kena jaga benda2 ni semua... sebab biasanya org lelaki ( bukan lelaki kat sini tau ... ) tak ambik tahu sgt pasal benda2 ni.. dia tahu semua dah siap je.. benda2 yg macam ni lah kita kena jaga sebenarnya.. semua ni mencerminkan keperibadian kita sekeluarga.. tak kira la balik rumah mertua atau balik rumah mak sendiri...
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... Maaf zahir & batin...
0 comments:
Post a Comment