Sering kali kita dihidangkan dengan emel2 yang yang menjanjikan tawaran hadiah lumayan. Ada beberapa ciri2 emel yang dapat diketengahkan kali ini untuk perkongsian kita kali ini.
Pertama... cuba perhatikan siapa penghantar emel itu. Biasanya... si penghantar dengan alamat emelnya yang bukan didaftarkan dari malaysia... dan alamat emelnya juga bukan alamat emel syarikat yang menawarkan hadiah pada kita.
Kedua... laras bahasa yang digunakan, jika dilihat adalah hasil daripada terjemahan secara terus, kemungkinan menggunakan google translate. Ayat dalam emel yang dihantar kepada kita kadang kala bercampur-campur dengan bahasa yang lain.
Ketiga... biasanya operasi penipuan ini akan meminta maklumat2 peribadi kita termasuk nombor telefon kita.
Oleh itu, Awas jangan terperangkap dengan tawaran yang diberikan... beringat sebelum terkena...
0 comments:
Post a Comment