
Kejayaan sesuatu
program di sekolah memerlukan komitmen semua pihak bermula dari kumpulan
pengurusan,guru-guru dan anggota khidmat sokongan dan diterjemahkan kepada
keberhasilan murid. Semua pihak perlu membuat transformasi dan bersedia untuk
berubah dengan kadar segera dan pantas serta sentiasa berusaha untuk mencapai
tahap cemerlang dalam semua bidang yang dipertanggungjawabkan.
Bagi mencapai hasrat
tersebut, lima prioriti DTP perlu diberi penekanan iaitu meningkatkan kehadiran murid, mengurangkan
kes disiplin, memaksimumkan keberadaan
guru dalam kelas, mempertingkatkan kualiti guru dan memantapkan kualiti
kepimpinan sekolah mencakupi kesemua sembilan kompetensi.
Penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha
dengan gigih menghasilkan dokumen ini semuga ianya memberi manfaat. . Komitmen berterusan dari semua pihak perlu
digembleng secara berterusan argar
program yang dirancang bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi berjaya
disempurnakan dan mempunyai “roh”.
0 comments:
Post a Comment