Hari ini berpeluang menghadiri Hari Profesionalisme Pengetua & Guru Besar bersama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan...
Program bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Yaakob Zakaria dimana antara intipati doa yang dibacakan adalah Doa Solat Dhuha
"Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu DhuhaMU
Kecantikannya KecantikanMU
Keindahannya KeindahanMU
Kekuatannya KekuatanMU
Kekuasaannya KekuasaanMU
Perlindungannya PerlindunganMU
Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
KecantikanMU, keindahanMU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hambaMU yang soleh"
Alhamdulillah...permulaan dan mukadimah yang amat menyentuh naluriku...
Selepas itu, majlis diteruskan dengan Bicara Pengarah yang disampaikan Oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Keramat Encik Tajuddin bin Mohamad Mor. Antara perkara yang diamanatkan adalah :
- Beberapa insiden yang memalukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang kini memasuki penghujung gelombang satu.
Dashboard Prestasi KPM
Integriti...budaya etika dan integriti membentuk budaya kerja cemerlang.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (pbs) ke arah kualiti PdP
Pengemaskinian e-operasi setiap sekolah.
Penglibatan agensi luar yang tiada kaitan dengan KPM mestilah didahulukan dengan bukti surat rasmi daripada KPM dan Jabatan.
Pemerkasaan Surau - surau di sekolah.
Pelancaran Hari Susu Sedunia.
Buku - buku IAB seperti :
Panduan Pengurusan Kewangan & Perakaunan Sekolah
Kajian Tindakan Kepimpinan.
Jurnal Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan
Panduan Pengurusan Pejabat & Kes - kes tatatertib.
Buku Panduan PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH. (PrOD)
Program diteruskan dengan Slot Pengurusan Cuti, dalam slot ini semua pentadbir dinasihatkan supaya berhati dengan setiap kelulusan cuti yang diberikan. Pelbagai kesalahan pemberian cuti yang dikesan dan antara yang sering berlaku kesilapan berkaitan dengan :
- Cuti Rehat Khas
- Cuti Bersalin
- Cuti Tanpa Rekod
- Cuti Haji
Apa yang ditekan, bahawa cuti bukan merupakan hak mutlak pegawai tetapi lebih kepada satu kemudahan yang disediakan.
Pentadbir haruslah lebih peka kepada semua Perintah Am yang telah dikeluarkan dan jangan segan silu untuk merujuk kepada Jabatan dan KPM.
Slot seterusnya, adalah berkaitan Sistem Housekeeping - KPM...dan SPS.
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
SPS
merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis
Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data
maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009
dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan
keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational
Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin
Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS).
Penyeragaman sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod
yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
- Pengurusan Maklumat Sekolah
- Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
- Pengurusan Pentadbir Sistem
- Pengurusan Staf
- Pengurusan Murid
- Pengurusan Sistem Rumah
- Pengurusan Jadual Waktu
- Pengurusan Asrama
- Pengurusan Kehadiran
- Pengurusan Kedatangan Murid
- Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
- Pengurusan Buku Teks
- Pengurusan Disiplin
- Pengurusan Kurikulum
- Pengurusan Kandungan
- Pengurusan Program Nilam
- Pengurusan Peperiksaan
- Pengurusan Kokurikulum
- Pengurusan Laporan
- Pengurusan Utiliti
- Pengurusan e-Cuti
Slot terakhir yang dibentangkan berkaitan keseronokan bekerja dan Integriti....dan sempat juga saya snappp beberapa potongan ayat yang menarik...
0 comments:
Post a Comment