Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 18 September 2014

Ayuh Kenali Aktiviti Abseilling





Abseilling berasal daripada perkataan German abseilen, yang membawa maksud menggunakan tali untuk turun iaitu proses menuruni tempat  tinggi dengan menggunakan tali.


Menurut Microsoft Encarta Reference Library (2005), abseiling ialah„to descend a steep slope or vertical face using a rope that is secured at the top and passed through a series of coils or a harness around the body. Dalam erti kata lain merupakan satu aktiviti menuruni satu cerun yang curam atau  dengan keadaan muka menegak menggunakan tali yang diikat di atas dan meluncuri ke bawah dengan melalui gegelung yang dipasang pada badan.



Abseilling ialah kemahiran menggunakan tali yang seringkali digunakan  sebagai salah satu aktiviti di darat. Aktiviti ini selalunya melibatkan  penggunaan tali untuk menuruni bukit atau batu ataupun bangunan tinggi.  Peserta perlu dibekalkan kemahiran menggun akan tali terlebih dahulu termasuklah asas-asas ikatan dan kegunaannya.



Aktiviti ini perlulah dikendalikan di bawah pengawasan jurulatih yang  berpengalaman dan terlatih. Abseilling tidak boleh sekali-kali dijalankan  secara individu kerana aktiviti ini sangat berisiko tinggi. Perlu diingat juga  bahawa aktiviti lasak ini sangat merbahaya dan mengundang pelbagai kemalangan yang serius.



Pemilihan tempat dicadangkan lebih kurang pada ketinggian 30 meter dengan kecerunan 90 darjah.  Kemudahan untuk mendaki juga perlu  diberikan perhatian. Antara lokasi kawasan yang sesuai untuk  menjalankan aktiviti ini terdiri daripada yang berikut:


  • Bukit
  • Tanah tinggi
  • Tembok tinggi berbatu atau bangunan tinggi 
  • Gunung




Seterusnya mari kita lihat beberapa perkara penting yang harus kita ketahui untuk melakukan aktiviti abseilling. Kita mulakan dahulu dengan peralatan.



(i)Peralatan

Peralatan yang diperlukan oleh aktiviti ini adalah seperti berikut:

  • Tali
  • Tali karmental  
  • Tali hemp garis pusat x 5 m, untuk „Dulfer seat 
  • Tali nylon tali keselamatan;
  • Tali belati untuk kemudahan jalan mendaki
  • Tali nylon 10 m tiga utas [1] untuk keselamatan instruktur dan pembantu-pembantu
  • Harness untuk melilit bahagian pinggang.
  • Topi keledar digunakan untuk melindungi kepala daripada hantukan atau ditimpa batu yang jatuh.
  • Pelapik lutut dan pelapik siku untuk melindungi sendi semasa merangkak atau perlanggaran.
  • Sarung tangan untuk melindungi tangan daripada tali atau dinding/batu.
  • Kasut yang kukuh (boots)  untuk bertahan dengan dinding batu.



(ii)Ikatan Keselamatan pada Peserta

  • Full body harness
  • Half harnerss
  • Dulfer seat dari tali lima meter.



(iii)Aktiviti Mengikut Urutan


Langkah 1: Tentukan jalan naik/mendaki ke tempat permulaan.
Langkah 2: Pasang tali untuk memudahkan peserta mendaki jika
perlu.
Langkah 3: Kenal pasti pokok/pasak. Pilih dua yang berdekatan.
Langkah 4: Ikatkan satu tali hujung karmental pada pokok-pokok dengan satu lilitan dengan ikatan tindih kasih.
Langkah 5: Pastikan hujung tali tidak terlalu panjang (1-2m sahaja).
Langkah 6: Pastikan tali karmental melalui tebing yang dilapik dengan tali guni bagi mengelakkan kerosakan tali.
Langkah 7: Uji kekuatan tali karmental dengan cara tiga orang dewasa bergayut tanpa menyentuh bumi selama 10 saat.



(iv)Taklimat kepada Peserta



  • Disiplin/keselamatan.
  • Cara penggunaan tali (ikatan).
  • Pakaian.
  • Cara turun.
  • Isyarat kebenaran turun “On Belay”
  • Jawapan jurulatih di bawah Belay On bila sedia.
  • Kecemasan.
  • Latihan amali di tempat rata.



(v)Lakuan Semasab Abseilling

  • Pasang ikatan harness/dulfer seat.
  • Pakai topi keledar dan sarung tangan
  • Pasang tali keselamatan di pinggang. Guna ikatan tindih kasih.
  • Pasang karabiner pada harness/dulfer seat
  • Pasang figure of 8pada tali karmental.
  • Pasang karabiner pada figure of 8, skru di atas.
  • Periksa kunci/skru. Pastikan lagi.
  • Beri isyarat/minta kebenaran turun “On Belay” dan mesti terima jawapan “BelleOn” dari jurulatih, baru mula bergerak.



(vi)Pergerakan Turun

  •  Satu tangan pegang tali utama dan satu tangan pegang Tali teras di belakang.
  •  Condongkan badan dan kaki buka dan lutut kendur sedikit.
  •  Seluruh bahagian tapak kaki dilekapkan ke tanah.
  • Tangan hadapan mengawal pergerakan dan tangan di belakang mengunci dengan memaut tali ke belakang.
  • Kedudukan badan condong 45 darjah dari bukit.
  •  Berat badan sentiasa di belakang.
  • Pergerakan kaki lompat menggunakan kedua-dua kaki dengan membengkok lutut sedikit.  
  • Jika berlaku kecemasan, jerit “fall in”dan jurulatih di bawah akan menarik hujung tali. 







0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More