Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 22 September 2014

ALKISAH TERTINGGAL GAJET DEKAT RUMAH


Fuhhhh... serba salah dibuatnya hari ini... minum tak hilang dahaga... makan tak kenyang... mana tak nyee... telefon pintar yang selalu menemani kemana sahaja berpisah pulak dengan tuannya pagi ni.
 
Nak dijadikan cerita hari ini dijemput pulak mempengerusikan mesyuarat,  bertambah haru kebiruan otak hari ini. Masuk mesyuarat agenda pulak tak diberi... aduhhhh fening... fening... 

Habis mesyuarat... dok fikirkan anak tahun 6 ada kelas tambahan ke tidak. UPSR tahun ni plak penuh ranjaunya... terbaru dengar - dengar kertas bahasa tamil dan matematik pulak bocor.  Hurmmmm dugaan... dugaan. 

Selesai jemput anak kat sekolah barulah aku dapat berdamping dengan gajet kesayanganku ini... ku belek - belek dan ku sentuh... makkkkk aiiiiiii banyaknya pesanan dan miss call.... belek punya belek... rupanya bos aku whatsapp pagi -pagi lagi untuk gantikan dia ke suatu tempat esok pagi. Fuhhhhhh nasib baik sempat dapatkan info untuk esok. 

Alhamdulillah... rupanya manusia ni amat lemah di muka bumi Allah.... baru sikit ditarik nikmat....kelam kabut dibuatnya.... 

Ternyata telefon pintar merupakan PA terbaik kepada tuannya... Alhamdulilah Allah masih benarkan aku bersamanya...


 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More