Waspada, al-Quran diseleweng dalam aplikasi iPhone
[BERWASPADA] Al Quran Diseleweng Dalam Aplikasi iPhone | AWAS, HATI-HATI | Teknologi
hari ini dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih baik. Misalnya,
kita masih boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan hanya membuka
aplikasi dalam telefon genggam.
Begitu
pun, berhati-hatilah kerana sudah terdapat beberapa kes di mana
al-Quran cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Laman
myinfonewspaperss.blogspot.com mendedahkan, aplikasi yang dinamakan
‘The Holy Quran, Arabic Text and English Translation’ didapati telah
menyeleweng apabila Surah Al Imran ayat 6 mengulang ’bil haq’ sebanyak
tiga kali sedangkan, tiada perkataan berkenaan dalam Masyaf Uthmani.
Menurut
keterangan pada aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone App Store itu, ia
diterjemahkan oleh ‘Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community’.
Justeru,
marilah kita sama-sama berpesan agar pemilik android atau iPhone tidak
tersilap langkah dengan memuat naik aplikasi yang dibawakan oleh
komuniti Ahmadiyyah / Qadiani ini.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Qur’an Surat Al-Hijr ayat 9)
0 comments:
Post a Comment