Permainan baling selipar atau susun
selipar merupakan sejenis permaianan tradisioanal kanak- kanak Malaysia. Ia
sama seperti permainan baling tin cuma ditukar kepada selipar. Tiga selipar
diperlukan untuk permainan ini selipar disusun menegak dan dibaling untuk
menjatuhkan.
Ia
sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul bersama rakan dan
taulan. Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar
yang selalunya dipakai oleh masyarakat di Malaysia.
Permainan tradisional ini juga boleh dilakukan di pelbagai majlis sukan rakyat.
Cara
permainan
Permainan ini boleh dimainkan oleh
sesiapa sama ada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Permainan ini
memerlukan selipar yang tidak terlalu keras atau tebal kerana hal ini boleh
menyebabkan pemain boleh tercedera terkena balingan yang dibuat pihak lawan dam
sebaliknya. Selipar yang dikumpulkan haruslah dibentuk tegak menjadi tiga segi
dan satu selipar lagi digunakan untuk membuat balingan.
Pemain pertama daripada kumpulan utama
memulakan permainan dengan cara membaling selipar kearah selipar yang telah
disusun. Setiap pemain boleh membuat lontaran sebanyak tiga kali untuk menjatuh
selipar yang telah disusun. Jika lontaran yang dilakukan tidak terkena pada
sasaran, giliran pihak lawan pula mengambil alih untuk melakukan lontaran
seterusnya.
Jika selipar berjaya dijatuhkan, maka
pemain kumpulan utama berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan
selipar dan disasarkan pada pihak lawan. Kemenangan dikira berdasarkan jika
pihak lawan dapat menyusun semula selipar-selipar tersebut menjadi tiga segi
dan melangkah susunan tersebut.
No comments:
Post a Comment