Punca fenomena bulan berdarah atau bulan merah pada 15 April
2014. Ianya bukan petanda kiamat tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang
biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011. Punca sebenar
fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan
matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi.
Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya
yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.
Menerusi laporan rasmi NASA,
fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat
dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan
berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu
pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April
2015 dan 28 September 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai kejadian bulan
berdarah, sila layari Laman Web Rasmi NASA.
http://berita-harian.net/informasi/punca-sebenar-fenomena-bulan-berdarah-15-april-2014/
0 comments:
Post a Comment