Sunday, 9 March 2014

RANGKA KURSUS KPR3974 - Latihan Mengajar 1

 
RANGKA KURSUS


NAMA KURSUS : LATIHAN MENGAJAR 1 (Teaching Practice 1)

KOD KURSUS : KPR3974

NILAI KREDIT : 4

SLT : 160

PRASYARAT (JIKA ADA) : Tiada

SEMESTER : Pertama / Kedua

HASIL PEMBELAJARAN : 
1. Mengorganisasi pengetahuan dan kemahiran pengajaran pembelajaran dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian. (C5)
 
2. Mengenal pasti dan menilai masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. (C6)

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pembelajaran dan pengajaran dalam konteks  sebenar. (C3,P2)

4. Mempamerkan sahsiah guru profesional. (A5,EM1,EM2,EM3)

5. Mempamerkan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran. (CT1,CT2,CT3,CT4)

SINOPSIS :
Kursus ini memerlukan pelajar mengorganisasi pengetahuan dan kemahiran pembelajaran dan pengajaran serta mengaplikasikannya dalam konteks sebenar yang bersifat inovatif dan reflektif. Penyeliaan dan pentaksiran berasaskan medium e-pembelajaran. 1 (This course requires students to organise learning and teaching’s knowledge and skill in the real context by employing innovative and reflective approaches. Supervision and assessment are based on e-learning medium.)


KANDUNGAN : 

1    1. Pengenalan kepada Latihan Mengajar (2 jam)

i. Konsep latihan mengajar
ii. Skop inovasi

2     2. Topik dan Objektif RPH (2 jam)

i. Pemilihan kandungan
ii. Penentuan hasil pembelajaran
iii. Berasaskan domain kognitif, afektif dan psikomotor
  
3. Perkembangan (Kaedah, Strategi, Penilaian) dan Inovasi (2 jam)

i. Pemilihan kaedah pengajaran
ii. Penentuan strategi pengajaran
iii. Pemilihan bahan bantu mengajar
iv. Penentuan dan pembinaan instrumen pentaksiran
v. Penentuan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran
vi. Pelaksanaan pengajaran
vii. Pengaplikasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
 
4. Bahan bantu mengajar dan Inovasi (2 jam)

i. Pemilihan dan pembinaan bahan bantu mengajar
ii. Pengintegrasian bahan dan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran

5    5. Pembelajaran Kendiri (0 jam)

i. Membuat rujukan
ii. Menyedia dan menghasilkan bahan
iii. Perbincangan bersama rakan, pensyarah penyelia dan guru pembimbing
iv. Penghasilan video pengajaran
v. Refleksi kendiri bagi tujuan penambahbaikan

Jumlah 8 Jam

AMALI : Tiada
PENILAIAN : Kerja Kursus 100%
Peperiksaan Akhir %

RUJUKAN : 

Mohd. Yusof Abdullah, Salleh Abd. Rashid, Raja Ismail Raja Lope Ahmad, Zulkifli Mohamed, Abdul Said Ambotang & Sabariah Sharif, (2008). Pengetahuan pedagogi guru. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah.

Nurulhuda Abd Rahman (Penyunting), (2012). Strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pearson Education.

Othman Lebar, (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan : Teori dan amalan. Tanjong Malim : UPSI.

Shabudin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad, (2007). Pedagogi : Strategi dan teknik tengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

No comments:

Post a Comment