1. Tajuk: Pengembaraan Fantasiku
2. Masa persembahan: 15 minit
3. Objektif:
Psikomotor:
a. Murid dapat menunjukkan pergerakan yang sesuai
mengikut situasi yang diberi.
b. Murid menunjukkan pergerakan mengikut tema
pergerakan kreatif yang berkaitan dengan segmen penceritaan.
Kognitif:
a. Murid dapat menghuraikan kepentingan penceritaan
dengan tema pergerakan kreatif dalam persembahan.
b. Murid dapat menganalisis unsur pergerakan dengan
tema pergerakan kreatif.
Afektif:
a. Murid menunjukkan semangat bekerjasama dalam
menghasilkan pergerakan kreatif.
b. Murid dapat mempamerkan emosi yang bersesuaian
dengan penceritaan.
4. Jumlah murid:
30 orang
5. Alatan/props/costume:
a. Beg mengembara
b. Bekal air dan minuman
c. Kerusi panjang
d. Pokok, banner latar belakang fantasi
e. Costume
6. Latar bunyi/irama/lagu yang akan digunakan:
a. Bunyian unggas rimba dan sungai yang mengalir.
b. Lagu A: Riang (seruling), B: Sentimental (piano),
C: Rancak (dram)
7. Aspek keselamatan yang harus diutamakan:
a. Memastikan tempat persembahan adalah rata.
b. Murid dalam keadaan cergas dan sihat.
c. Alatan yang digunakan adalah selamat.
8. Huraian
kareografi mengikut segmen:
SEGMEN
|
PERGERAKKAN
|
TEMA DAN UNSUR PERGERAKKAN YANG BERKAITAN
|
ALATAN
|
CATATAN
|
1
Entry
(3 minit)
|
Bergerak ke
alam fantasi:
10 orang murid
akan keluar dari belakang
pentas,
bergerak dalam satu barisan
sambil berjalan
gallop dengan kelajuan
yang perlahan
secara serentak.
Pergerakan
adalah mengikut laluan
bengkang
bengkok. Murid menunjukkan
emosi yang
riang.
Terdapat terowong bulat yang akan dilalui pelajar untuk menuju ke alam
fantasi.
Empat orang murid menggoyang goyangkan kain biru seperti sungai mengalir.
|
Tema pergerakan yang
digunakan dalam segmen ini
ialah:
Tema 1: Aktiviti
Lokomotor
unsur pergerakan – murid bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Tema 5: Penyesuaian
Terhadap Rakan
unsur pergerakan: murid bergerak dalam kumpulan dengan gerakan yang sekata.
|
Kerusi panjang
Lagu riang
Gelung Bulatan
Kain biru panjang
|
|
2
(5 minit)
|
Murid merangkak
menyusuri terowong fantasi :
Murid duduk dalam satu
barisan dan merangkak masuk. mengikut gerak ritma lagu yang diberi secara
serentak.
Murid menggayakan rupa
kehairanan secara spontan.
Enam orang murid menjadi pokok tiruan (bergerak-gerak perlahanlahan seperti
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa).
Tiga batang pokok tiruan berdiri di sebelah kerusi panjang.
Tiga murid menjadi burung dan empat orang menjadi rama-rama, membuat
pergerakan terbang bebas.
|
Tema pergerakan yang
digunakan dalam segmen ini
ialah:
Tema 5: Penyesuaian
Terhadap Rakan
3 unsur pergerakan: murid bergerak dalam kumpulan dengan gerakan yang
sama.
Tema 9: Kesedaran
bentuk pergerakan
unsur corak di lantai bengkang bengkok.
Tema 7: Lapan Lakuan
Daya Asas
3 unsur apung – kawal lambat – halus dalam pergerakan burung dan
ramarama.
Tema 3: Kesedaran ruang
unsur ruang diri am (murid menjadi pokok)
|
prop
pokok
pakaian
rama-rama
pakaian
siput
pakaian
kura-kura
|
|
3
(5 minit)
|
Murid kegembiraan di
alam fantasi :
Enam orang murid menjadi pokok tiruan (bergerak-gerak perlahanlahan seperti
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa).
Tiga batang pokok tiruan berdiri di sebelah kerusi panjang.
Tiga murid menjadi burung dan empat orang menjadi rama-rama, membuat
pergerakan terbang bebas.
1 orang menjadi siput dan membuat pergerakkan merangkak.
1 orang menjadi kura-kura dan membuat pergerakkan merangkak.
8 orang murid melambung dan memukul apel yang terapung.
2 orang sedang bermain duduk tepuk
|
Tema pergerakan yang
digunakan dalam segmen ini
ialah:
Tema 9: Kesedaran
bentuk pergerakan
unsur corak di lantai bengkang bengkok.
Tema 7: Lapan Lakuan
Daya Asas
3 unsur apung – kawal lambat – halus dalam pergerakan burung,
ramarama, siput dan kura kura
Pergerakan cepat, kuat dan
bertenaga, serta-merta dan secara langsung. Pergerakan bermula di bahagian
tangan, lutut dan siku serta menghentak kaki. Pergerakan seperti melangkah,
melompat atau galop ke udara.
Bahagian tubuh badan
melakukan pergerakan serta-merta, halus dan terus. Dilakukan dengan cepat
dari satu tempat ke tempat yang lain. Keseluruhan badan merasa cergas dan
bersedia untuk melakukan pergerakan laju.
|
prop
pokok
pakaian
rama-rama
pakaian
siput
pakaian kura-kura
belon
|
|
4
(2 minit)
|
Murid keletihan
dan baring tertidur :
semua murid baring melunjur dan tertidur
|
Tema pergerakan yang
digunakan dalam segmen ini
ialah:
Tema 4: Aliran Beban Badan dalam Ruang dan Masa
Digunakan secara langsung dan
tidak memerlukan kawasan yang luas. Contohnya pergerakn yang lurus,
melengkung dan zig-zag. Ruang di atas lantai dan di aras rendah sahaja
digunakan.
|
prop
pokok
pakaian
rama-rama
pakaian
siput
pakaian kura-kura
|
Penutup
Pergerakan
kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang
dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada
empat elemen asas , iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya yang merupakan asas
pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping
meningkatkan potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan,
ritma dan kreativiti. Penerimaan pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada
kurikulum Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pastinya akan membantu serta memberi
manfaat terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan
sifat-sifat seni dalam diri mereka (Graham, 1992). Penerapan elemen keseronokan
akan menjadikan proses pengajaran lebih bermakna dan dapat menggalakkan
penglibatan pelajar secara aktif.
No comments:
Post a Comment