Wednesday, 19 March 2014

KAPAL TERBANG KERTAS

Assalamualaikum...baru-bari ini..AiOL membuat aktiviti ini dalam "Base Games" Program kepimpinan pelajar sekolah Menengah....sungguh mendukacitakan anak-anak kita pada hari ini tidak tahu membinanya??? Terkejut gak pada mulanya...kerana zaman kanak-kanak AiOL aktiviti ini amat-amat popular...dimana silapnya ye???


Kapal terbang kertas (pesawat kertas) ialah kapal terbang mainan yang dibuat daripada kertas. Ia adalah reka bentuk yang paling asas dalam seni membentuk kertas. Seni ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan lipat-lipat kertas supaya kertas berkenaan mempunyai bentuk tertentu seperti bentuk binatang, rumah, dan sebagainya. Dalam bahasa Jepun ia dikenali sebagai kami hikoki (紙飛行機; kami: kertas, hikoki: terbang).

Kapal terbang kertas adalah terkenal, kerana ia adalah reka bentuk yang paling mudah dalam seni membentuk kertas. Kapal terbang kertas semudah-mudahnya boleh disiapkan dalam enam langkah. Pada zaman sekarang, ada juga kapal terbang kertas yang dibuat daripada kadbod.



Bahan kertas telah digunakan untuk membuat barang mainan sejak 2000 tahun dahulu di negeri China. Pada masa itu, layang-layang telah menjadi permainan yang popular di sana. Walaupun demikian, adalah tidak pasti bahawa siapakah yang betul-betul mencipta benda ini. Adapun reka bentuk kapal terbang kertas ini semakin maju, tahun demi tahun.


Kapal terbang kertas mungkin telah dicipta pada tahun 1909. Tetapi, kebanyakan orang akan menerima pendapat bahawa Jack Northrop telah mencipta kapal terbang kertas pada tahun 1930. Dalam hal itu, beliau telah menggunakan kapal terbang kertas untuk mengkaji selok-belok bagi pembinaan kapal terbang sebenar.


No comments:

Post a Comment