Kepada penyokong yang hadir di Stadium Selayang khasnya pada 1.3.2014 tempohari dan seluruh marhaen bolasepak amnya.
Kami dengan rendah diri dan besar kepala memohon maaf diatas apa yang telah kami lakukan tempohari jika memberi kesan kepada anda baik dari sudut kesihatan/fizikal ataupun emosi.
Tindakan drastik amatlah perlu disaat yang kami rasakan telah kritikal demi membuka mata FAM bahawa rakyat sudah muak dengan ciri pentadbiran mereka yang semakin kelaut.Protes ini adalah amat penting untuk menyelamatkan halatuju bolasepak untuk masa depan.
Pasti ramai yang berpendapat bahawa banyak lagi cara lain yang boleh kami lakukan tapi sukacitalah kami maklumkan bahawa semua proses rundingan telah kami jalani samada pertemuan dua hala dengan FAM, menghantar memorandum, berbincang di bengkel bolasepak dan sebagainya.Malah, kami juga pernah meminta anda semua berkongsi pendapat dengan kami dengan menghantar email sebagai cadangan kepada FAM bagaimana nak memajukan bolasepak.Dan dukacitanya, hanya segelintir berbuat demikian dan hasilnya hanya FAM yang tahu.
Tindakan ini juga bertujuan membuka mata anda semua bahawa apa yang dirancang oleh FAM hanyalah angan-angan semata-mata. Apa jadi dengan kempen "Love Football,Stop Hooliganism" mereka kerana kami berjaya membawa masuk 100 smoke bomb dan lebih 300 flare.Jika kempen semudah ini pun mereka sambil lewa laksanakannya apa lagi dengan program bolasepak yang mereka tentukan untuk masa depan.
Juga sebagai satu eksperimen kepada pihak media, apakah cerita yang akan dicanangkan adalah "kebodohan kami selama 8 minit,ataupun kegagalan FAM selama 30 tahun".Anda tahu jawapannya.
Kami juga menyahut cabaran rakan media sosial supaya boikot perlawanan secara total.Jadi dengan harapan FAM didenda dan dipaksa bermain tanpa penyokong kami rasa kami telah membantu anda mendapatkan sebab mengapa tidak ke stadium.
Akhir kata, musuh kami bukan anda.Musuh kita semua serupa,badan yang menggelapkan bolasepak negara.
-ULTRAS MALAYA 07-
https://www.facebook.com/pages/JDT-FC-The-Photoshooterz/209790699059541
AiOL rasa...kalau tiada angin manakan pokok bergoyang...
0 comments:
Post a Comment