Latihan menulis peringkat permulaan untuk kanak-kanak atau murid
hendaklah menggunakan pensil atau krayon. Terdapat beberapa cara dan
latihan untuk mengajar kanak-kanak atau murid memegang pensil.
Contohnya adalah seperti berikut:
CARA #1
1. Murid diminta mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukan setakat tapak tangan sahaja.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid
ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil.
Pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul.
CARA #2
CARA #3
Pegang alat tulis antara ibu jari (2) dan jari penunjuk (3) menghala ke hulung alat tulis, dengan meletakkan alat tulis di atas jari tengah (1) (ada orang menyebut jari hantu), jari manis dan jari kelingking membengkok ke dalam tapak tangan.
Kedudukan buku atau kertas yang betul semasa menulis
Terima kasih:
0 comments:
Post a Comment