Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan luar?
Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan masa dan tempat. Bagi membantu untuk menjelaskan apakah yang difahamkan dengan ‘pendidikan luar’, beberapa definisi diturunkan di bawah. Tetapi harus diawasi bahawa definisi tersebut boleh berubah dan bertukar mengikut zaman dan wilayah.
Pendidikan luar merupakan …………“aplikasi pengalaman di alam luar untuk mendidik dan pembangunan ‘insan’.” (The Outdoor Institute)
Pendidikan luar ………. “menarik perhatian kepada penggunaan deria – audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau - untuk pemerhatian dan pemahaman” (C.A.Lewis 1975, The Administration Of Outdoor Education Programs, Dubuque IA, Kendall-Hunt)
Pendidikan luar …… “menyentuhketiga-tiga domain pembelajaran yang terdiri daripada ‘pengetahuan, kemahiran, dan sikap’ (Phyllis Ford,1981, Principles dan Practices of Outdoor/Environmantal Education, New
York, Wiley)
York, Wiley)
Pendidikan luar ialah ……… “satu perantaraan yang memberi peluang untuk pendidikan tak formal mengenai perkembangan kendiri dan sosial untuk individu dan masyarakat”(Outdoor Edinburgh)
Pendidikan luar ialah ...................... “pendidikan DALAM, UNTUK, dan MENGENAI alam luar” (Donaldson & Donaldson,1958, Outdoor Education : A definition , JOPER,29(17),63)
Pendidikan luar merupakan …………… “pendidikan ‘dalam’, ‘mengenai’ , dan ‘untuk’ alam sekitar.
(Phyllis Ford, 1986)
(Phyllis Ford, 1986)
Pendidikan luar ialan …….. sekumpulan Kecil manusia yang menyertai aktivitiaktiviti “adventure” yang terancang di dalam suasana semula jadi dan menjadikan diri sendiri sebagai sumber utama untuk menyelesaikan masalah. (Neill 2003)
Pendidikan luar ialah ………. “suatu perkara yang mempunyai perkaitan. Perkaitan tersebut mengenai bukan sahaja sumber semula jadi , tetapi juga manusia dan masyarakat”.(Simon Preist,1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17 (3) 13)
No comments:
Post a Comment